SEPINTAS LALU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SELAMAT MELAYARI MY BLOG, BANYAK ILMU YANG SAYA KONGSIKAN BERSAMA KAWAN-KAWAN SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN KURSUS TEKNOLOGI JAMINAN MUTU. HARAP DAPAT MEMBANTU KAWAN-KAWAN SEMUA!!!!!!!!!!!!

ABOUT ME

 Setiap manusia yang lahir di dunia ini mempunyai identiti dan asal usul yang tersendiri, begitulah juga diriku. Aku diberi nama ROSZIANI oleh bonda dan ayahanda ku yang tersayang. Tanpa mereka tiadalah aku disini. Aku dilahirkan di Kampung Sri Ketengga, Mukim Siong Baling Kedah pada 25 Julai 1986. Ayahandaku hanyalah seorang penoreh manakala ibuku adalah surirumah. Walaupun ayahandaku tidak berpangkat atau berpendidikan tinggi, tapi aku sangat berbangga dengan ayahandaku kerana dapat membesarkan dan menyekolahkanku dan adik beradikku yang lain. Jasa kedua-dua ibubapaku tidak akanku lupakan sehingga aku mati dan akan kubalas semuanya. InsyaAllah...... 


      Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari, dari darjah 1 hingga darjah 6. Banyak kenangan ketika berada di sekolah rendah ini dan aku sangat aktif dalam sukan terutamanya hoki, pasukan kami telah berjaya sampai ke peringkat negeri ketika itu. Selepas tamat darjah 6, aku meneruskan pendidikanku ke peringkat menengah pula. Aku menyambung persekolahanku di Sekolah Menengah Kebangsaan Siong, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kemudian tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. 

           Sekarang, aku menyambung pendidikanku di Centre for Instructor & Advanced Skill Training (CIAST) selama 3 tahun 6 bulan untuk menjadi seorang pengajar. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citaku dan membalas jasa kedua-dua ibubapaku yang tersayang. InsyaAllah................... Itulah serba sedikit tentang diriku yang dapat aku kongsi bersama kawan-kawanku semua.